Aplikasi pedagogi hikmah bagi kemahiran abad ke-21 di sekolah-sekolah di Gombak: kajian bagi subjek sains dan pendidikan Islam
Pendidikan Abad ke-21 amat berbeza dengan pendidikan abad-abad sebelumnya dengan kehadiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang mengubah corak manusia berhubung. Pendidikan mengalami perubahan yang amat besar dari segi kurikulum, kaedah, pentaksiran dan juga peranan guru dan murid. Berdasarkan in...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English English |
Published: |
UMS
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/60516/ http://irep.iium.edu.my/60516/1/BUKU_PROGRAM_MDEC.pdf http://irep.iium.edu.my/60516/2/APLIKASI%20PEDAGOGI%20HIKMAH%20BAGI%20KEMAHIRAN%20ABAD%20KE-21%20DI.pptx |
Summary: | Pendidikan Abad ke-21 amat berbeza dengan pendidikan abad-abad sebelumnya dengan kehadiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang mengubah corak manusia berhubung. Pendidikan mengalami perubahan yang amat besar dari segi kurikulum, kaedah, pentaksiran dan juga peranan guru dan murid. Berdasarkan ini, satu kajian yang menggunakan Pedagogi Hikmah (PH) telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah rendah dan menegah di Gombak yang melibatkan dua guru Sains di Menengah 4 dan Menengah 2 dan dua guru Pengajian Islam bagi Tahun 4 dan Menengah 2. Kajian ini meliputi latihan guru dari segi teori dan praktis, demonstrasi dan bimbingan di sekolah. Metodologi kajian mengambil kira kaedah kualitatif dan juga kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru mendapati PH membuat pelajar lebih seronok, bermotivasi, mengeratkan hubungan, dan memperbaiki kemahiran berkomunikasi, terutama berucap dan menulis, kepedulian terhadap orang lain dan meningkatkan pencapaian. Pelajar mendapati bahawa kelas PH memberi mereka peluang untuk berbincang dan mengeluarkan pandangan dalam suasana yang tidak mengancam harga diri mereka. Data kuantitatif menunjukkan peningkatan yang signifikan bagi perbandingan Ujian Pertengahan tahun dengan Ujian Akhir tahun bagi subjek Sains Menengah 2 dan subjek Pengetahuan Islam Tahun 4. Terdapat juga peningkatan bagi subjek Sains Menengah 4 dan subjek Pengetahuan Islam Menengah 2, tetapi tidak signifikan. Sementara itu, daripada ujian UPCTT yang megukur kemahiran menaakul murid-murid, analisis data menunjukkan peningkatan yang to=idak signifikan bagi subjek Sains dan Pengetahuan Islam Menengah 2.
Keywords: Pedagogi Hikmah, komuniti inkuiri, kemahiran berfikir, pengajaran Sains, Pengajaran Pengetahuan Islam, kemahiran menaakul, kemahiran bekerjasama |
---|