Kepentingan komunikasi dalam latihan=The importance of communication in training
Kajian ini bertujuan menguji pengaruh komunikasi dalam pembelajaran latihan. Latihan merupakan salah satu kaedah utama organisasi menyampaikan maklumat penting kepada kakitangannya supaya mereka berada di landasan yang selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan. Kajian ini dijalankan bagi mengete...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengurusan Penyelidikan(RMC), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/59621/ http://irep.iium.edu.my/59621/ http://irep.iium.edu.my/59621/1/KAMARUZZAMAN-2-final-129-150%20%281%29.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan menguji pengaruh komunikasi dalam pembelajaran latihan. Latihan merupakan salah satu kaedah utama organisasi menyampaikan maklumat penting kepada kakitangannya supaya mereka berada di landasan yang selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan. Kajian ini dijalankan bagi mengetengahkan peranan dan kepentingan komunikasi dalam latihan yang sememangnya mempunyai hubungan yang rapat walau bagaimanapun ia sering dipinggirkan serta dianggap remeh. Kajian ini menggunakan Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura sebagai kerangka kajian yang merangkumi tiga faktor iaitu faktor komunikasi persekitaran latihan, faktor pembelajaran kendiri dan faktor tingkah laku. Kajian ini juga menguji hubungan bagi setiap elemen dalam faktor komunikasi persekitaran latihan terhadap faktor pembelajaran kendiri dan faktor tingkah laku untuk lebih memahami peranan komunikasi terhadap keberkesanan latihan. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah pengedaran borang kaji selidik kepada 200 responden yang terdiri daripada kakitangan organisasi yang telah menghadiri program latihan 5S. Kajian ini berjaya membuktikan faktor komunikasi persekitaran latihan mempunyai hubungan yang kukuh dengan faktor pembelajaran kendiri dan tingkah laku pelatih. Selain itu, kajian ini juga telah menemukan bahawa faktor komunikasi merupakan perkara asas yang perlu dititik beratkan bagi memastikan kejayaan sesebuah latihan. Kajian ini juga berjaya mengukuhkan jurang di antara pengajian komunikasi dengan pengajian pengurusan yang sememangnya mempunyai kaitan yang sangat rapat.
This study examines the effect of communication in training learning exercise. Training is
one of the main methods for the organization to deliver important information to employees
so that their work performances are in line with the organisation goals. This research aims to
highlight the role of communication in the training course that believed to have a strong
relationship, but it is often neglected and underestimated. This study uses Social Learning
Theory by Albert Bandura as research framework that includes three factors namely
communication in training environment factor, independent learning factor and behavioural
factor. The study also examined the relationship for each element in the communication in
training environment factor with factor of independent learning and behavioural factor to
further understand the importance of communication on the effectiveness of training. This
research used survey and distributing questionnaires as the method in collecting the data to
200 respondents that attended the 5S training program. This study manage to proves that
communication in training environment factor have a strong relationship with the
independent learning factor and behavioural factor. In addition, this study has also found
that communications are fundamental factors that need to be prioritized to ensure the success
of the organisational training programme. Moreover, this study also successfully strengthens
the gap between the field of communication studies and management studies, which indeed
have a very close relationship. |
---|