Model penilaian Kirkpatrick: Mengkaji pengaruh komunikasi terhadap keberkesanan latihan

Kajian ini bertujuan mengukur pengaruh komunikasi terhadap keberkesanan latihan bersandarkan Model Penilaian Kirkpatrick yang merangkumi empat tahap penilaian iaitu Tahap I - reaksi; Tahap II - pembelajaran; Tahap III - kelakuan / aplikasi; dan Tahap IV - hasil. Reaksi pelatih kepada dimensi komunik...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Manan, Kamaruzzaman, Md Nor, Shuhaida, Omar, Bahiyah
Format: Article
Language:English
Published: UKM Press 2013
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/59620/
http://irep.iium.edu.my/59620/
http://irep.iium.edu.my/59620/1/V29_2_31-50.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengukur pengaruh komunikasi terhadap keberkesanan latihan bersandarkan Model Penilaian Kirkpatrick yang merangkumi empat tahap penilaian iaitu Tahap I - reaksi; Tahap II - pembelajaran; Tahap III - kelakuan / aplikasi; dan Tahap IV - hasil. Reaksi pelatih kepada dimensi komunikasi diukur pada Tahap I kerana ia dianggap sebagai pemangkin kepada proses yang akan diukur pada tahap selanjutnya. Sebagai penambahbaikan kepada Model Penilaian Kirkpatrick, kajian ini juga telah memasukkan faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan faktor keyakinan untuk mengaplikasi ke dalam model ini. Untuk mengatasi kelompangan kajian lepas yang mendapati kesukaran dalam menilai hasil latihan dari perspektif pihak organisasidi Tahap VI, kajian ini memperkenalkan kaedah gabungan penilaian pelatih dan penyelia bagi menghasilkan sebuah penilaian latihan yang lebih menyeluruh. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah pengedaran borang soal selidik kepada 200 responden yang terdiri daripada kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM). Kajian ini berjaya membuktikan komunikasi mempunyai hubungan yang kukuh dengan pembelajaran pelatih. Kajian ini juga telah menemukan bahawa keyakinan untuk mengaplikasikan ilmu dapat membantu dalam meramal perubahan kelakuan pelatih (pengaplikasian ilmu di persekitaran kerja) dengan lebih tepat. This research aims to measure the impact of communication on training effectiveness using the Kirkpatrick Evaluation Model which features four levels of evaluation: Level I - reaction; Level II - learning; Level III - behaviour, and Level IV - results. Trainee reactions towards communication dimensions, measured at Level I, is critical to trainee evaluation because it is regarded as the precondition to the next three levels of evaluation. In enhancing the Kirkpatrick Evaluation Model, the researchers also investigate factors that influence trainees’ learning and their confidence in applying what they have learnt at the work place. Additionally, to address the concerns raised in previous studies about the difficulties in measuring Level IV – results, this study introduces an evaluation method that combines trainees’ and supervisors’ evaluation that results ina more comprehensive evaluation. The data for this study was collected through the distribution ofquestionnaires to 200 respondents at Universiti Sains Malaysia (USM). This research provides evidence that there is a strong relationship between communication and trainees’ learning. This research also found that trainees’ confidence in applying their knowledge from training is an important factor in providing an accurate prediction of trainees’s behaviour change (i.e. application of knowledge in a work environment) more accurately.