Bentuk masyarakat Islam berakhlak
UMAT Islam sepatutnya memahami dan mengamalkan corak kehidupan Islam secara komprehensif sekiranya mereka ingin menjadi model kepada masyarakat bukan Islam. Islam membentuk umatnya menjadi insan yang berakhlak dan berwibawa melalui amalan-amalan ibadah, pemahaman akidah yang tulen serta cara berhubu...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Utusan Melayu Malaysia Berhad
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/58298/ http://irep.iium.edu.my/58298/ http://irep.iium.edu.my/58298/1/58298_Bentuk%20masyarakat%20Islam%20berakhlak.pdf |
Summary: | UMAT Islam sepatutnya memahami dan mengamalkan corak kehidupan Islam secara komprehensif sekiranya mereka ingin menjadi model kepada masyarakat bukan Islam. Islam membentuk umatnya menjadi insan yang berakhlak dan berwibawa melalui amalan-amalan ibadah, pemahaman akidah yang tulen serta cara berhubungan sesama manusia dan makhluk lain. Jika umat Islam mengamalkan perkara ini dalam kehidupan seharian mereka maka perpecahan umat, keruntuhan moral dan pergeseran politik yang serius dapat dielakkan.
Realiti yang dipertontonkan masa kini jelas menunjukkan bahawa umat Islam berada dalam ambang hakisan kewibawaan dan kehebatan akibat daripada pengabaian terhadap corak kehidupan Islam sebenarnya. Perpecahan adalah satu unsur yang boleh melemahkan kekuatan sesuatu umat kerana setiap kumpulan mempunyai corak pemikiran berbeza berlandaskan kepada ideologi dan objektif parti politik masing-masing.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bentuk-masyarakat-islam-berakhlak-1.521357#ixzz4sMDMNY2r
© Utusan Melayu (M) Bhd |
---|