Wabak demam kepialu (Tifoid) di daerah Bachok, Kelantan Mac - Mei 2005
Penyakit tifoid adalah penyakit berjangkit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh Salmonella typhii. Penyakit ini berlaku di seluruh dunia dan endemik di Kelantan. Pada April 2005, terdapat peningkatan kes tifoid yang dinotifikasi di daerah Bachok dan wabak telah diistiharkan. Pasukan siasatan...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Malaysian Public Health Physicians’ Association
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/5746/ http://irep.iium.edu.my/5746/ http://irep.iium.edu.my/5746/1/45-49.pdf |
Summary: | Penyakit tifoid adalah penyakit berjangkit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh Salmonella typhii. Penyakit ini berlaku di seluruh dunia dan endemik di Kelantan. Pada April 2005, terdapat peningkatan kes tifoid yang dinotifikasi di daerah Bachok dan wabak telah diistiharkan. Pasukan siasatan telah dibentuk di mana setiap kes disiasat dengan segera dan tindakan kawalan telah diambil seperti pemeriksaan dan penutupan premis makanan, kerja-kerja sanitasi dan pendidikan kesihatan. Pengesanan kes secara aktif juga telah dilakukan. Mukim Gunong mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 46.3%. Majoriti daripada kes terdiri daripada pelajar. Dua pembawa dari kalangan kontek juga turut dikesan. Lekuk epidemik menggambarkan berlakunya wabak punca lazim. Lima daripada 111 bilangan sampel air dan dua daripada 146 bilangan sampel makanan yang diperiksa adalah positif terhadap Salmonella spesies tetapi tiada yang positif terhadap Salmonella typhii. Meskipun Pasar Jelawat merupakan lokasi yang disyakki sebagai punca utama jangkitan, ianya tidak dapat disahkan melalui penyiasatan dan ujian makmal. |
---|