Pengurusan pemakanan selepas strok (Dietary management after stroke)

Strok terjadi akibat gangguan bekalan darah yang dibawa oleh salur darah arteri ke otak. Ia terjadi akibat penyumbatan gumpalan darah serta plak kolesterol dalam salur darah arteri. Strok juga berlaku apabila salur darah arteri pecah. Strok juga dikenali sebagai serangan otak atau ''brain...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sowtali, Siti Noorkhairina, Harith, Sakinah, Mohamed, Che Rabiaah
Format: Book
Language:English
Published: Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM Kubang Kerian 2013
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/57169/
http://irep.iium.edu.my/57169/1/02062017%20PENGURUSAN%20PEMAKANAN%20SELEPAS%20STROK.pdf
Description
Summary:Strok terjadi akibat gangguan bekalan darah yang dibawa oleh salur darah arteri ke otak. Ia terjadi akibat penyumbatan gumpalan darah serta plak kolesterol dalam salur darah arteri. Strok juga berlaku apabila salur darah arteri pecah. Strok juga dikenali sebagai serangan otak atau ''brain attack'. Kajian menunjukkan 80% serangan strok kali kedua boleh dicegah dengan mengubahsuai diet seharian dan mengawal tekanan di samping intervensi perubatan. Oleh itu, pemantauan faktor risiko yang boleh diubahsuai seperti aspek pemakanan tidak boleh dipandang remeh. Walaupun kita perlu makan setiap hari, namun begitu keperluan pemakanan individu di pelbagai kehidupan adalah berbeza. Pengambilan pemakanan seseorang bergantung kepada umur, jantina, status kesihatan seperti suhu dan tahap fizikal. Buku ini akan memberi fokus tentang PEMAKANAN SELEPAS STROK. Antara topik yang akan dibincangkan ialah konsep asas tentang pemakanan, kaedah mengubahsuai pengambilan pemakanan bagi pesakit strok dengan faktor risiko tertentu, diet disfagia bagi pesakit strok dengan masalah menelan dan kaedah pemberian nutrisi melalui tiub pemakanan. Untuk maklumat lanjut, anda perlu merujuk kepada doktor, pegawai pemakanan (Dietetik) dan jururawat di hospital serta klinik kesihatan berdekatan anda.