Penterjemahan leksikal qāla dan derivasinya dalam surah Yusuf: satu bandingan antara terjemahan tafsir fi zilalil quran dan tafsir pimpinan ar-Rahman
Karya terjemahan al-Quran dewasa ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini boleh dilihat dengan munculnya lambakan hasil terjemahan al-Quran yang dihasilkan oleh pihak penerbit dengan pelbagai gaya dan konsep untuk menarik pembaca. Terdapat terjemahan berbentuk perkata,...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-Bahasa Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/54210/ http://irep.iium.edu.my/54210/ http://irep.iium.edu.my/54210/1/54210_Penterjemahan%20Leksikal%20Qa%CC%84la.pdf |
Summary: | Karya terjemahan al-Quran dewasa ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini boleh dilihat dengan munculnya lambakan hasil terjemahan al-Quran yang dihasilkan oleh pihak penerbit dengan pelbagai gaya dan konsep untuk menarik pembaca. Terdapat terjemahan berbentuk perkata, terjemahan kontekstual, dan tafsiran yang cenderong ke arah aliran yang pelbagai. Dengan lambakan hasil terjemahan al-Quran ini, timbul persoalan adakah terjemahan yang dilakukan ke atas teks bahasa sumber (Bsu) betul-betul seragam. Iaitu menggunakan teknik dan teori yang sama. Juga, adakah terjemahan yang dilakukan mengikut kefahaman penterjemah semata-mata berdasarkan konteks ayat atau mengambil kamus sebagai rujukan utama. Justeru dalam makalah ini, pengkaji cuba melihat aspek terjemahan tafsir al-Quran bagi merungkai persoalan tersebut dengan menumpukan kepada terjemahan satu leksikal sahaja, iaitu salah satu leksikal yang senantiasa berulang dalam al-Quran, yakni leksikal qāla dan derivasinya. Adakah ia diterjemahkan berdasarkan kefahaman kontekstual ataupun berdasarkan makna literal semata. Dalam kajian ini juga, pengkaji membuat perbandingan antara dua karya terjemahan iaitu tafsir fi Zilalil Quran dan tafsir Pimpinan ar-Rahman bagi melihat adakah terdapat persamaan atau perbezaan dalam menterjemahkan leksikal qāla dan derivasinya dari sudut bentuk terjemahan dan teori yang digunakan oleh penterjemah. |
---|