Praktis dan penanda aras Islamisasi ilmu dalam kalangan akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) = The practice and benchmarking of the Islamization of knowledge among the International Islamic University Malaysia (IIUM) Academic Staff

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan dengan matlamat untuk memenuhi beberapa misi utama, iaitu Islamisasi, Integrasi, Internasionalisasi dan Kecemerlangan Menyeluruh (Islamization, Integration, Internationalization and Comprehensive Excellence- IIICE). Justeru, UIAM komited terha...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mamat, Arifin, Hussien, Suhailah, Ismail, Nik Ahmad Hisham
Format: Article
Language:English
Published: Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/54162/
http://irep.iium.edu.my/54162/
http://irep.iium.edu.my/54162/1/drarifin%20penanda%20aras.pdf
Description
Summary:Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan dengan matlamat untuk memenuhi beberapa misi utama, iaitu Islamisasi, Integrasi, Internasionalisasi dan Kecemerlangan Menyeluruh (Islamization, Integration, Internationalization and Comprehensive Excellence- IIICE). Justeru, UIAM komited terhadap proses Islamisasi dalam kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan mengenal pasti persepsi staf akademik terhadap Islamisasi dan aplikasinya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membangunkan penanda aras bagi mengukur tahap perlaksanaan Islamisasi di UIAM. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, iaitu satu set soal selidik diedarkan kepada responden. Sampel adalah terdiri daripada 306 orang pensyarah dari Kulliyah-kulliyah yang berbeza di UIAM. Statistik deskriptif mudah telah digunakan untuk analisa data yang diperoleh. Kajian mendapati responden mempunyai persepsi positif mengenai Islamisasi di UIAM. Mereka bersetuju bahawa Islamisasi adalah misi penting dan merupakan ciri unik UIAM. Kajian ini juga mendapati bahawa responden telah melaksanakan integrasi kandungan mata pelajaran yang diajar dengan nilai-nilai Islam. Manakala kaedah yang paling kerap digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah melalui kaedah mengemukakan contoh dan bukti. Kajian ini juga menjelaskan bahawa penilaian terhadap pelaksanaan Islamisasi kebanyakannya dilakukan melalui pembentangan pelajar di dalam kelas, manakala produk atau hasil tertinggi Islamisasi adalah tugasan para pelajar.