Memahami asal usul bidang sains sosial dan perbezaannya dengan sains tabi'i

Pada zaman moden ini, penekanan manusia kepada usaha pencarian dan penambahan ilmu pengetahuan telah menyebabkan pengetahuan manusia dibahagikan kepada dua bidang yang utama, iaitu bidang ilmu Sains Sosial dan ilmu Sains Tabi’i. Secara amnya, bidang Sains Sosial adalah bidang pengetahuan manusia yan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah, Najmuddin, Hairunnaja
Format: Article
Language:English
Published: JAKIM 2012
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/5331/
http://irep.iium.edu.my/5331/1/MEMAHAMI_ASAL_USUL_BIDANG_SAINS_SOSIAL_DAN_PERBEZAANNYA_DENGAN_SAINS_TABI%5B1%5D.pdf
Description
Summary:Pada zaman moden ini, penekanan manusia kepada usaha pencarian dan penambahan ilmu pengetahuan telah menyebabkan pengetahuan manusia dibahagikan kepada dua bidang yang utama, iaitu bidang ilmu Sains Sosial dan ilmu Sains Tabi’i. Secara amnya, bidang Sains Sosial adalah bidang pengetahuan manusia yang menyentuh setiap aspek kehidupan kelompok-kelompok manusia di atas muka bumi ini (the field of human knowledge that deals with all aspects of the group life of human beings). Manakala, bidang Sains Tabi’i pula adalah bidang pengetahuan yang menyentuh persekitaran semulajadi di mana manusia itu tinggal.Bidang Sains Sosial adalah suatu disiplin akademik yang mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan sosial atau lebih tepat mempelajari pola tingkahlaku yang lazim ada pada kelompok-kelompok manusia. Bidang Sains Sosial adalah bidang pengkajian ilmu yang sangat luas dan kompleks. Oleh kerana itu, ia telah dikhususkan kepada disiplin-disiplin atau bidang-bidang yang lebih kecil dan lebih khusus