Perlukah saya menggunakan alat perancang keluarga ketika menyusu?

Kebanyakan ibu-ibu umumnya mengetahui antara kebaikan penyusuan susu ibu adalah sebagai pencegah kehamilan secara semulajadi. Ini adalah tepat sekali. Ini disebut dalam istilah perubatan sebagai ‘Lactational Amenorheic Method’ (LAM). Walau bagaimanapun, terdapat tiga (3) syarat utama yang harus dipa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jamani, Nurjasmine Aida
Format: Article
Language:English
Published: The Malaysian Medical Gazette 2016
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/51476/
http://irep.iium.edu.my/51476/
http://irep.iium.edu.my/51476/1/51476_PERLUKAH_SAYA_MENGGUNAKAN_ALAT_PERANCANG.pdf
Description
Summary:Kebanyakan ibu-ibu umumnya mengetahui antara kebaikan penyusuan susu ibu adalah sebagai pencegah kehamilan secara semulajadi. Ini adalah tepat sekali. Ini disebut dalam istilah perubatan sebagai ‘Lactational Amenorheic Method’ (LAM). Walau bagaimanapun, terdapat tiga (3) syarat utama yang harus dipatuhi sekiranya si ibu ingin menjadikan penyusuan susu ibu sebagai pencegah kehamilan yang efektif. Antara syarat-syarat tersebut adalah: bayi berusia kurang daripada 6 bulan Ibu belum didatangi haid selepas kelahiran Mengamalkan penyusuan secara eksklusif dan kerap pada waktu siang dan malam Jadi, sekiranya si ibu tidak dapat mengikuti syarat-syarat di atas, seperti bayi mereka sudah melebihi 6 bulan, sudah didatangi haid dan tidak dapat menyusu bayi dengan eksklusif dan kerap, maka si ibu haruslah memikirkan cara lain sebagai kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan. Ini adalah penting agar kesihatan ibu dari segi fizikal, mental dan emosi terpelihara. Bagaimana kaedah ‘Lactational Amenorheic Method’ (LAM) ini di kalangan wanita bekerja? Adakah ia membantu? Dalam satu kajian di kalangan wanita berkerjaya di mana mereka memerah susu sepenuhnya untuk membekalkan susu kepada bayi, didapati sebanyak 5.2% daripada wanita-wanita ini mengandung dalam tempoh enam bulan. Oleh itu, bagi wanita berkerjaya yang terpisah sementara dengan bayi harus beringat bahawa risiko untuk hamil adalah lebih tinggi.