Transaksi dalam sistem muamalat di malaysia
SINOPSIS MODUL Modul ini terbahagi kepada 15 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 akan membincangkan mengenai kaedah- kaedah mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah s..w.t. serta memperkenal akan akhlak-akhlak yang...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Open University Malaysia
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/50560/ http://irep.iium.edu.my/50560/ http://irep.iium.edu.my/50560/1/OUM_-_MUAMALAT.pdf |
Summary: | SINOPSIS MODUL
Modul ini terbahagi kepada 15 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut:
Topik 1 akan membincangkan mengenai kaedah- kaedah mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah s..w.t. serta memperkenal akan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan ekonomi dengan pihak yang lain. Seterusny menunjukkan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada seluruh manusia. Topik ini juga akan nenerangkan yang semua kegiatan muamalat yang dijalankan hendaklah berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan syariat Islam, seterusnya menjelaskan bagaimana kegiatan ekonomi Islam yang dijalankan adalah bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama manusia tanpa mngira bangsa, negara dan agama.
Topik 2 akan menceritakan tentang sumbangan Islam terhadap tamadun kemanusiaan berkaitan dengan beretika dalam muamalat. Topik ini juga akan membincangkan mengenai bagaimana Islam memerintah agar kita memperbaiki kehidupan duniawi dan ukhrawi serta mengenalpasti tugas kita sebagai pemegang amanah yang akan dipertanggungjawabkan kelak. Topik ini juga akan menerangkan bahawa kekayaan tidak seharusnya hanya dinikmti bersendirian, dan akan menghuraikan bagaimana untuk menjaga perhubungan baik antara penjual dengan pelanggan.
Topik 3 akan mentakrifkan maksud dan konsep harta dalam sistem muamalat serta menerangkan kenapa Islam mengalakkan kita berharta. Ianya juga akan mengenalpasti kaedah-kaedah memperolehi harta selari dengan kehendak syarak, seterusnya menghuraikan jenis-jenis harta dalam syariat Islam serta memberikan contoh-contoh pembahagian harta dalam syariat Islam.
Topik 4 akan beri takrifkan pengertian akad dalam syariat Islam serta menyenaraikan jenis-jenis akad seterusnya menghuraikan rukun dan syarat akad. Ia juga akan menerangkan hukum dan kesan penamatan sesuatu akad, dan menganalisa mengenai konsep akad syariat Islam yang diaplikasikan di Malaysia.
Topik 5 akan mentakrifkan pengertian ahliyyah atau kelayakan dalam akad serta mengenalpasti elemen-elemen yang membatalkan akad. Seterusnya ia akan menghuraikan hukum serta kesan akad yang tidak sah serta mengkelaskan aqad yang sah dengan yang tidak sah. Selanjutnya membincangkan isu kelayakan dalam akad dengan merujuk kepada sistem muamalat dan perbankan Islam di Malaysia.
Topik 6 akan mentakrifkan pengertian jual beli menurut pendapat para ulama serta menghuraikan konsep jual beli menurut perspektif Islam. Topik ini juga akan menyenaraikan jenis-jenis jual beli serta menerangkan perbezaan di antara jual beli yang sahih, batil, fasid dan haram, dan selanjutnya mengkaji tentang aplikasi hukum jual beli dalam urusan muamalat semasa di Malaysia.
Topik 7 akan menerangkan pengertian riba serta menyenaraikan jenis-jenis riba. Topik ini seterusnya akan menunjukkan dalil dari al-Quran dan hadis yang mengharamkan riba serta mengenalpasti hukum pada setiap jenis riba, dan seterusnya melihat aplikasi larangan riba dalam setiap urusan yang melibatkannya.
Topik 8 akan memberi pengertian Khiyar (pilihan) dan membincangkan tujuan serta matlamat khiyar dalam akad. Topik ini juga akanmemberikan dalil-dalil yang membuktikan khiyar sebagai satu tuntutan dalam syarak dan menerangkan hukum serta kesan khiyar pada akad selanjutnya menyenaraikan keadaan-keadaan yang menggugurkan sesuatu khiyar.
Topik 9 akan mendefinisikan pengertian gadaian dan cagaran serta mengenalpasti dalil-dalil dari al-Quran dan hadis yang membenarkan amalan akad ar-rahn dipraktikkan, seterusnya topik ini akan menghuraikan pendapat serta pandangan para ulama yang berkaitan dengan syarat-syarat gadaian dan cagaran. Selanjutnya topik ini akan menerangkan makna serta skop manafaat yang dibenarkan syara, dan membincangkan keadaan-keadaan yang boleh membatalkan sesuatu gadaian serta cagarannya.
Topik 10 akan memberi takrifan pengertian as-syarikah serta menerangkan dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah, serta pendapat ulama yang membenarkan akad as-syarikah dipraktikkan, seterusnya mengenalpasti rukun dan syarat as-syarikah. Selanjutnya ia akan menghuraikan jenis-jenis akad as-syarikah, dan mengaplikasi konsep akad as-syarikah dalam sistem mualamat.
Topik 11 akan mentakrifkan pengertian al-mudharabah serta menerangkan dalil-dalil dari al-Quran, sunnah dan ijma yang membenarkan perlaksanaan akad al-mudharabah. Topik ini juga akan menyenaraikan rukun dan syarta akad al Mudharabah serta menjelaskan jenis-jenis akad al mudharabah yang boleh digunapakai, seterusnya menyatakan samada konsep al Mudharabah dipraktikkan dalam sistem muamalat dan perbankan Islam di Malaysia.
Topik 12 akan memberi takrifan pergertian akad al Ijarah dan menunjukkan dalil-dalil dari al-Quran, Sunnah dan Ijma yang membenarkan perlaksanaan akad al Ijarah serta mengenalpasti rukun dan syarat akad al-Ijarah berbanding dengan akad-akad yang lain, seterusnya membincangkan alasan-alasan yang dibolehkan untuk membatalkan akad al-Ijarah, dan selanjutnya menerangkan hukum dan kesan pembatalan akad al-Ijarah.
Topik 13 akan mentakrifkan pengertian akad al wadiah dan menunjukkan dalil-dalil yang membenarkan perlaksanaan akad al wadiah serta menghuraikan rukun dan syarat akad al-wadiah. Topik ini juga akan membincangkan keadaan-keadaan yang akan mengubah al-wadiah kepada al-dhamaan,dan seterusnya membuat kesimpulan samada akad al-wadiah diaplikasikan dalam sistem muamalat dan perbankkan Islam di Malaysia.
Topik 14 akan mentakrifkan pengertian al-Qardh serta menunjukkan dalil-dalil pensyariatan al-Qardh. Topik ini juga akan menerangkan hikmah pensyariatan al-Qardh serta menyatakan hukum dan kesan perlaksanaan sesuatu akad al-Qardh, dan selanjutnya menyenaraikan rukun-rukun dan syarat-syarat akad al-Qardh.
Topik 15 akan mentakrifkan pengertian takaful serta menunjukkan dalil yang membenarkan perlaksanaan akad takaful. Topik ini seterusnya akan menerangkan aplikasi urusniaga dan sistem takaful di Malaysia dan selanjutnya menyenaraikan prinsip-prinsip takaful, serta membezakan jenis-jenis perlindungan takaful.
|
---|