Bekerja mencari keberkatan
ISLAM menggalakkan umatnya supaya berusaha dan tekun dalam pekerjaan supaya berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Prinsip kehidupan umat Islam adalah kukuh jika mereka bersandarkan kepada perintah Allah dan panduan daripada para nabi dan rasul. Umat Islam sepatutnya memahami bahwa kehidu...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Utusan Melayu Malaysia Berhad
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/49133/ http://irep.iium.edu.my/49133/ http://irep.iium.edu.my/49133/ http://irep.iium.edu.my/49133/1/49133.pdf |
Summary: | ISLAM menggalakkan umatnya supaya berusaha dan tekun dalam pekerjaan supaya berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Prinsip kehidupan umat Islam adalah kukuh jika mereka bersandarkan kepada perintah Allah dan panduan daripada para nabi dan rasul. Umat Islam sepatutnya memahami bahwa kehidupan di dunia ini satu perjalanan yang berakhir dengan kematian.
Kehidupan di dunia ini adalah terlalu pendek dan pantas sehingga manusia menjadi letih dan penat jika mereka gagal mengimbangi keperluan kehidupan di dunia dan di akhirat.
Bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat, niat dan matlamat dan kehidupan seharian perlu dijuruskan kepada keberkatan dan keredaan Allah. Apabila hati dan pemikiran tertumpu kepada ganjaran dan pembalasan Ilahi maka umat Islam dapat membentuk keperibadian yang mulia bersesuaian dengan fitrah kejadian mereka. Setiap umat Islam sepatutnya mempersoalkan diri sendiri ‘kenapa’ dan ‘mengapa’ mereka melakukan sesuatu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/bekerja-mencari-keberkatan-1.179429#sthash.kNXWXpmI.dpuf |
---|