Kajian pelaksanaan program pendidikan spiritual terhadap anggota Angkatan Tentera Malaysia
Kekuatan organisasi ketenteraan boleh diukur menerusi tiga elemen penting iatu daya tembak (fire power), daya gerak (mobility power) dan daya juang (combat power). Aspek daya juang merangkumi aspek kesiagaan spiritual merupakan elemen asas yang perlu diperkukuhkan dalam diri setiap anggota tenter...
Main Authors: | , , , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Contemporary Islamic Studies, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/49066/ http://irep.iium.edu.my/49066/ http://irep.iium.edu.my/49066/1/49066.pdf |
Summary: | Kekuatan organisasi ketenteraan boleh diukur menerusi tiga elemen penting iatu
daya tembak (fire power), daya gerak (mobility power) dan daya juang (combat power).
Aspek daya juang merangkumi aspek kesiagaan spiritual merupakan elemen asas yang
perlu diperkukuhkan dalam diri setiap anggota tentera. Ia perlu berada pada tahap yang
tinggi dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara. Kesiagaan insititusi
ketenteraaan tidak hanya dinilai dari kelengkapan asset dan alatan canggih sematamata,
malah yang terpenting ialah nilai kerohanian dalam diri setiap anggota tentera
terutamanya dari sudut kesiagaan diri menggalas tanggungjawab dan amanah negara.
Sehubungan itu Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) menerusi Dasar
Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam ATM (PMAT 9/91), yang meliputi pelbagai
program aktivtiti kerohanian dan pendidikan Islam kepada seluruh warga ATM, telah
melaksanakan program pendidikan spiritual terhadap anggota Angkatan Tentera
Malaysia (ATM). Fokus kajian adalah untuk membuat penilaian terhadap pelaksanaan
program tersebut dari aspek perancangan,pelaksanaan dan juga pemantauan melalui
perspektif anggota ATM. Metodologi kajian melibatkan pendekatan gabungan (mixedmethod)
iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif telah digunapakai dan telah melibatkan
seramai 1,137 orang responden. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya hubungan
yang rapat dari aspek faktor suasana, faedah, guru dan pendakwah (anggota KAGAT),
dan juga sikap anggota terhadap program. Dapatan kajian juga menunjukkan aspek
kekuatan spiritual mempunyai hubungan yang positif terhadap kesediaan dan kekuatan
tempur anggota Angkatan Tentera Malaysia. Sesungguhnya pendidikan Islam serta
usaha-usaha dakwah yang dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera perlu terus
perkukuhkan agar tahap kesiagaan kerohanian anggota tentera dapat dipertingkatkan
bagi memastikan anggota Angkatan Tentera Malaysia sentiasa memenuhi dua aspek
utama daya juang (combat power) iaitu dari aspek fizikal dan juga spiritual (kerohanian)
agar wujud insan tentera yang berkualiti dan cemerlang. |
---|