Malaysia bukan negara penghijrah
ISU mempersendakan kedudukan raja sepatutnya tidak berlaku dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Kuasa dan kedudukan raja atau sultan dalam negara ini adalah terbatas jika dibandingkan dengan negara yang mengamalkan sistem monarki yang tulen. Persoalannya, kenap...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Utusan Melayu Malaysia Berhad
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/44004/ http://irep.iium.edu.my/44004/ http://irep.iium.edu.my/44004/ http://irep.iium.edu.my/44004/1/44004.pdf |
Summary: | ISU mempersendakan kedudukan raja sepatutnya tidak berlaku dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Kuasa dan kedudukan raja atau sultan dalam negara ini adalah terbatas jika dibandingkan dengan negara yang mengamalkan sistem monarki yang tulen.
Persoalannya, kenapa terdapat golongan tertentu sering menggunakan isu raja dan kesultanan sebagai bahan untuk mempengaruhi masyarakat membenci dan menolak sistem beraja dalam negara ini. Mungkin ia merupakan satu agenda bagi menghapuskan sistem pemerintahan dalam negara ini.
Umat Islam sepatutnya memahami dan merenung secara mendalam motif atau objektif golongan tertentu yang sering membangkitkan isu raja atau sultan sebagai bahan ejekan.
Jika raja merupakan simbol kepada kedaulatan agama Islam dalam negara maka umat Islam sepatutnya menyedari bahawa kedudukan raja atau sultan mempunyai hubung kait dengan sejarah negara ini dimana agama Islam merupakan agama penduduk asli tanah air ini.
|
---|