Penerimaan pelajar sekolah menengah terhadap aktiviti lakonan dalam P&P bahasa Arab

Aspek pertuturan Bahasa Arab merupakan satu isu yang sentiasa menjadi topik kajian dalam kalangan para pengkaji Bahasa Arab waima dalam kalangan pelajar sekolah mahupun pelajar universiti. Kebanyakan pengkaji menyimpulkan bahawa terdapat permasalahan dan kekangan dalam tahap pertuturan Bahasa Arab p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad, Norasmazura, ISMAIL @YAAKUB, AZANI, Che Mat, azman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/40399/
http://irep.iium.edu.my/40399/
http://irep.iium.edu.my/40399/1/Seminar_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Bahasa_Arab_2014.pdf
Description
Summary:Aspek pertuturan Bahasa Arab merupakan satu isu yang sentiasa menjadi topik kajian dalam kalangan para pengkaji Bahasa Arab waima dalam kalangan pelajar sekolah mahupun pelajar universiti. Kebanyakan pengkaji menyimpulkan bahawa terdapat permasalahan dan kekangan dalam tahap pertuturan Bahasa Arab pelajar. Hal ini berkemungkinan berpunca daripada ketiadaan suasana Bahasa Arab semasa P&P, mahupun berpunca daripada aktiviti P&P yang tidak membantu untuk membina aspek pertuturan Bahasa Arab pelajar. Justeru makalah ini cuba menyingkap salah satu aktiviti yang bersifat komunikatif dan berupaya membina serta meningkatkan aspek kemahiran bertutur pelajar. Makalah ini bertujuan meninjau persepsi terhadap aktiviti lakonan dalam kalangan pelajar sekolah rendah berdasarkan hasil dapatan soal-selidik yang diagihkan kepada pelajar. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah menengah agama di Kuala Lumpur yang melibatkan satu kelas sahaja, iaitu tingkatan empat. Pengkaji menggunakan instrument soal selidik dalam mencari jawapan yang diperlukan oleh kajian dan menganalisis data yang diperolehi dengan menggunakan perisian Statistic Package for the Social Sciences (SPSS) versi 11.5.