Keberkesanan power-point, gambar dan kad imbasan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab J-Qaf
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana keberkesanan bahan bantu mengajar powerpoint, gambar dan kad imbasan dalam pembelajaran bahasa Arab j-QAF murid tahun lima. 60 orang murid Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya, Klang, Selangor telah terlibat sebagai responden kajian. Hasil kajian soal se...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-Bahasa Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/39699/ http://irep.iium.edu.my/39699/ http://irep.iium.edu.my/39699/1/39699_Keberkesanan%20Power%20Point%2C%20Gambar%20dan%20Kad%20imbasan.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana keberkesanan bahan bantu mengajar powerpoint, gambar dan kad imbasan dalam pembelajaran bahasa Arab j-QAF murid tahun lima. 60 orang murid Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya, Klang, Selangor telah terlibat sebagai responden kajian. Hasil kajian soal selidik mendapati bahawa tiga bahan bantu utama yang paling diminati adalah penggunaan komputer (90.0%), gambar (76.7%) dan powerpoint (75.0%). Soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 12.0 bagi mendapatkan frekuensi dan peratusan. Bagi mengetahui keberkesanan bahan bantu mengajar, ujian akan dijalankan kepada responden kajian. Responden dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kajian ini menggunakan kuasi-eksperimen dan ujian pos telah dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan. Kumpulan rawatan mengalami proses pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar iaitu powerpoint, gambar dan kad imbasan, manakala kumpulan kawalan mengalami proses pembelajaran mereka seperti biasa. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 12.0 yang mengandungi skor min dan ujian – t. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor min antara kumpulan yang didedahkan dengan bahan bantu mengajar dengan kumpulan yang tidak didedahkan dengan bahan bantu mengajar iaitu skor min kumpulan rawatan (71.97) yang lebih besar daripada skor min kumpulan kawalan (55.47). Ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dapat meningkatkan lagi pencapaian dalam pembelajaran murid.
Kata Kunci: |
---|