Penggunaan kalimah `Allah`: satu analisa sejarah dari perspektif hukum syarak
Isu kalimah ` Allah` merupakan bukti bahawa masyarakat Malaysia masih lagi tidak mempunyai maklumat secara mendalam tentang asal usul Bahasa Arab yang merupakan Bahasa al-Quran. Untuk menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci terhadap asal usul Bahasa al-Quran ini kajian terhadap kalimah Allah m...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Jabatan Kehakiman Dan Syariah Malaysua.
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/39097/ http://irep.iium.edu.my/39097/1/JKSM-JURNAL_HUKUM-Kalimah_ALLAH.pdf |
Summary: | Isu kalimah ` Allah` merupakan bukti bahawa masyarakat Malaysia masih lagi tidak mempunyai maklumat secara mendalam tentang asal usul Bahasa Arab yang merupakan Bahasa al-Quran. Untuk menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci terhadap asal usul Bahasa al-Quran ini kajian terhadap kalimah Allah merupakan satu sampel pembuktian bahawa sistem nahu telah dipraktikkan, maka kalimah `Allah` melalui pendekatan linguistik nahu Arab perlu diperbahaskan untuk mengetahui bila munculnya perkataan ini. Ibnu Manzur dalam kitabnya Lisaan al- Arab telah membincangkan makna Kalimah Allah ini dengan panjang lebar. Perkataan `Allah` pada hakikatnya berasal dari perkataan إِلاَهٌ berasal dari wazan فِعَالٌ yang kemudian berubah ke wazan مَفْعُوْلٌ atau مَأْلُوْهٌ bermakna yang disembah. Adapun Sibawaih telah menyebut dalam kitabnya al-Kitab bahawa Arab Jahiliyah telah menggunakan perkataan لاهٌ dengan membuang perkataan `Lam` kedua dan pertama pada kalimah Allah ini. Ini bermakna apabila perkataan لاهٌ ini sempurna atau `complete in nominative rules` ia disebut `الله ` yang mana iaNYA digunakan di dalam al-Quran sahaja. Maka Kitab-kitab sebelum al-Quran tidak menggunakan perkataan `الله `. Oleh itu kajian seperti ini perlu diperbahaskan dengan terperinci memadangkan Kalimah Allah ini merupakan pegangan aqidah umat Islam.
|
---|