Faqihan dalam membina generasi solat
Solat merupakan salah satu ibadat yang wajib didirikan oleh setiap Muslim. Malah, solat merupakan ibadat amali yang pertama diwajibkan terhadap umat Islam. Kepentingan ibadat solat kepada Muslim dapat dilihat melalui beberapa sudut, antaranya termasuklah penggunaan perkataan aqama yang bererti mendi...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan & Dewan Bahasa dan Pustaka
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/37753/ http://irep.iium.edu.my/37753/1/File0001.PDF |
Summary: | Solat merupakan salah satu ibadat yang wajib didirikan oleh setiap Muslim. Malah, solat merupakan ibadat amali yang pertama diwajibkan terhadap umat Islam. Kepentingan ibadat solat kepada Muslim dapat dilihat melalui beberapa sudut, antaranya termasuklah penggunaan perkataan aqama yang bererti mendirikan. Begitu juga cara pensyariatannya yang berbentuk secara langsung daripada Allah SWT, iaitu semasa peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Perintah mendirikan solat juga mempunyai maqasid yang tersendiri. Solat merupakan salah satu daripada perintah Allah SWT untuk menjaga perkara al-daruriyyat, iaitu menjaga agama dan sebagai tanda kepatuhan kepada perintah Allah SWT. Oleh itu, melaksanakan perintah Allah SWT untuk menjaga agama ialah objektif asal dalam pensyariatan solat. Sementara itu, objektif sampingan adalah untuk mencegah daripada perkara keji dan mungkar. Solat juga merupakan aktiviti senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan manusia. Oleh itu, sudah menjadi tanggunggjawab bersama untuk membentuk generasi solat. Generasi tersebut terbentuk melalui lima peringkat utama, iaitu peringkat individu, keluarga, masyarakat, organisasi dan pemerintah. Pada setiap peringkat tersebut disertakan indeks sebagai penanda aras yang bertujuan mengenalpasti tahap pencapaian yang dicapai. Misi membentuk generasi solat ini akan menjadi kenyataan dengan kerjasama semua pihak. |
---|