Serumpun sebahasa? gaya hidup dan bahasa: satu perbandingan

Kertas ini bertujuan untuk menyelidik pengaruh bahasa terhadap gaya hidup orang Melayu di dua negara, iaitu di Malaysia dan Indonesia. Perbandingan bahasa dan budaya antara dua negara, iaitu Malaysia dengan Indonesia diperlukan dalam penyelidikan ini untuk memberi perbezaan dan pengalaman menyeluruh...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Bakri, Idrus, Faizah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/36888/
http://irep.iium.edu.my/36888/1/Binder1.pdf
Description
Summary:Kertas ini bertujuan untuk menyelidik pengaruh bahasa terhadap gaya hidup orang Melayu di dua negara, iaitu di Malaysia dan Indonesia. Perbandingan bahasa dan budaya antara dua negara, iaitu Malaysia dengan Indonesia diperlukan dalam penyelidikan ini untuk memberi perbezaan dan pengalaman menyeluruh tentang gaya hidup orang Melayu dalam cakupan yang lebih luas dan realistik.Hipotesis awal adalah menunjukkan wujudnya suatu perbandingan daripada segi gaya hidup orang Melayu di kedua-dua negara ini. Hipotesis awal ialah bahasa menjadi faktor penentu gaya hidup seseorang termasuk orang Melayu. Dua perkaedahan yang digunakan, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah tinjauan atau lapangan. Dua kaedah dipakai dalam memperoleh data, iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Dalam kaedah tinjauan, borang soal selidik dan temu bual dilakukan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden menggunakan bahasa Melayu/Indonesia dan mendapat keputusan yang baik dalam mata warganegaraan bahasa Melayu/Indonesia.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian dan penguasaan bahasa responden, iaitu meminati bahasa Melayu/Indonesia kerana minat sendiri, menggunakan bahan bacaan bahasa Melayu/Indonesia, memahami sepenuhnya pengajarandan pembelajaran bahasa Melayu/Indonesia dan subjek bahasa Melayu/Indonesia tidak sukar diwarganegarai. Kajian ini juga mendapati bahawa sebahagian besar responden merupakan golongan pertengahan. Di samping itu, kajian juga menunjukkan bahawa pengaruh bahasa terhadap gaya hidup seseorang warganegara adalah agak besar.