Hukuman bagi kesalahan seksual di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992: keperluan kepada hukuman yang lebih berat = Punishment for Sexual Offences under Negeri Semblan Syariah Criminal Enactment 1992: the need for a heavier punishment

Sebagaimana dimaklumi, hukuman yang lazim dan sering dikenakan ke atas pesalah jenayah syariah ialah samada penjara atau denda. Malah, dalam kesalahan jenayah syariah yang paling berat seperti berzina atau persetubuhan haram sekali pun, hukuman yang biasa dikenakan ke atas pesalah, hanyalah sekadar...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahim, Anita, Abdul Rahim, Adibah, Abdul Manap, Nazura
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2012
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/34000/
http://irep.iium.edu.my/34000/
http://irep.iium.edu.my/34000/1/Binder2.pdf
Description
Summary:Sebagaimana dimaklumi, hukuman yang lazim dan sering dikenakan ke atas pesalah jenayah syariah ialah samada penjara atau denda. Malah, dalam kesalahan jenayah syariah yang paling berat seperti berzina atau persetubuhan haram sekali pun, hukuman yang biasa dikenakan ke atas pesalah, hanyalah sekadar denda. Denda itu pula hanyalah sebanyak RM 5 ribu jika pesalah dikenakan denda maksimum, jika tidak, denda yang dikenakan adalah kurang dari jumlah tersebut. Manakala hukuman rotan atau sebat yang sejak akhir-akhir ini menjadi isu perdebatan di negara ini, jarang sekali diputuskan untuk dikenakan ke atas pesalah jenayah syariah. Melihat senario tersebut, dengan pertambahan kes-kes jenayah syariah yang berlaku di negara amnya, dan di Negeri Sembilan khususnya, timbul suatu persoalan iaitu, adakah hukuman yang dikenakan ke atas pesalah jenayah syariah itu terlalu ringan, lalu menjadikan ianya seolah-olah tidak berkesan dalam mendidik pesalah ? Isu inilah yang menjadi persoalan dalam artikel ini, di mana, terdapat kekurangan, atau kelemahan dalam aplikasi hukuman bagi jenayah syariah. Ini mendorong kepada suatu hipotesis bahawa hukuman yang lebih berat perlu dikenakan ke atas pesalah jenayah syariah di Negeri Sembilan, terutamanya dalam kesalahan yang melibatkan kehormatan diri.