Penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri Kemahiran bertutur bahasa arab dalam kalangan pelajar Melayu di Pusat Asasi UIAM (Practise of self regulated learning strategies in Arabic speaking skill: a study on Malay Students at Centre for Foundation Studies (CFS), IIUM)

Abstrak: Kemahiran bertutur bahasa Arab sering dikaitkan dengan penggunaan strategi pembelajaran yang pelbagai dan berkesan. Salah satu strategi pembelajaran bahasa Arab ialah strategi pembelajaran aturan kendiri. Berdasarkan keputusan Ujian Kemahiran Bahasa (APT Skills Test) di Pusat Asasi UIAM dap...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Arshad, Mastura, Abu Bakar, Kaseh
Format: Article
Language:English
English
English
Published: UKM 2015
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/33758/
http://irep.iium.edu.my/33758/
http://irep.iium.edu.my/33758/1/JURNAL_SP_KENDIRI_BAHASA_ARAB_MAS.docx
http://irep.iium.edu.my/33758/2/JURNAL_SP_KENDIRI_BAHASA_ARAB_MAS_LATEST.pdf
http://irep.iium.edu.my/33758/5/33758_penggunaan_strategi_pembelajaran.pdf
Description
Summary:Abstrak: Kemahiran bertutur bahasa Arab sering dikaitkan dengan penggunaan strategi pembelajaran yang pelbagai dan berkesan. Salah satu strategi pembelajaran bahasa Arab ialah strategi pembelajaran aturan kendiri. Berdasarkan keputusan Ujian Kemahiran Bahasa (APT Skills Test) di Pusat Asasi UIAM dapati majoriti pelajar tidak berjaya melepasi tahap 6 (band 6) dalam Ujian maharat al-kalam (kemahiran bertutur). Prestasi sebegini mungkin terjadi kerana mereka tidak menggunakan strategi pembelajaran aturan kendiri secara efektif. Oleh itu, kajian ini meninjau penggunaan dan pengetahuan pelajar tentang strategi pembelajaran aturan kendiri kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu di Pusat Asasi UIAM. Kajian ini melibatkan 163 orang pelajar jurusan Bahasa Arab (BAR) dan Ilmu Wahyu (IRK) yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak berkelompok. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan median, frekuensi, peratus, dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan strategi yang memperoleh penggunaan tertinggi merupakan strategi-strategi kendiri bersifat keagamaan (metafizik) manakala strategi kendiri yang memperoleh penggunaan terendah pula merupakan strategi kendiri yang melibatkan aktiviti komunikasi bahasa Arab secara aktif. Selain itu, kajian ini juga mendapati, lebih daripada 50% pelajar tidak mengetahui strategi pembelajaran aturan kendiri. Kata kunci: strategi pembelajaran aturan kendiri, kemahiran bertutur bahasa Arab Abstract: Foreign language speaking skill is often associated with the use of variety and effective learning strategies. One of the strategies is Self-regulated learning strategies. Based on the result of Speaking Test in APT Skills Test, majority of students failed to achieve band 6 for Arabic Speaking Test. Such performance may occur due to the lack of practicing the self-regulated learning strategies in Arabic speaking skill learning strategies. Therefore, this research surveyed the practice and knowledge of Self-regulated learning strategies in Arabic Speaking Skill among Malay students at the Centre for Foundation Studies (CFS) IIUM. This research involved 163 respondents taking B.A.R. and I.R.K. courses, using the Cluster Sampling Method. A Questionnaire was used to collect data for this study. The data were analyzed through descriptive analysis using median, frequencies, percent and standard deviation. The findings showed that the most practiced strategies was religious strategies (Metaphysics), while the lowest score was strategies that involves actively communication in Arabic. In addition to that, the study also found that more than 50% of the students were not aware of self-regulated learning strategies in Arabic speaking skill. Keywords: Self-regulated learning strategies, Arabic speaking skill.