Rekabentuk permainan bahasa Arab komputer dalam pembelajaran bahasa Arab di kalangan para pelajar peringkat permulaan di UIAM dari tahun 2008 hingga 2011

Bidang teknologi pengajaran dalam pembelajaran Bahasa Arab masih ketinggalan agak jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain seperti ahasa Inggeris dan lain-lain. Para pelajar bahasa Arab memerlukan kepada teknologi terkini dalam pembelajaran bahasa Arab, terutamanya di kalangan penutur bukan bahas...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sahrir, Muhammad Sabri
Format: Article
Language:English
Published: Media Hub Connection, Selangor 2013
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/33561/
http://irep.iium.edu.my/33561/1/Special_Bulletin_by_Saudi_Cultural_Attache_%28Malay_version%29.pdf
Description
Summary:Bidang teknologi pengajaran dalam pembelajaran Bahasa Arab masih ketinggalan agak jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain seperti ahasa Inggeris dan lain-lain. Para pelajar bahasa Arab memerlukan kepada teknologi terkini dalam pembelajaran bahasa Arab, terutamanya di kalangan penutur bukan bahasa Arab yang berada dalam persekitaran luar daripada negara-negara Arab kerana persekitaran pembelajaran akan membantu mereka dalam pembelajaran bahasa ini. Penyelidik telah cuba untuk mengatasi masalah melalui persekitaran reka bentuk pembelajaran bahasa melalui permainan komputer bahasa yang direkabentuk dalam talian atau Internet, yang akan membantu dan meningkatkan motivasi para pelajar dalam proses pembelajaran. Penyelidik telah melalui beberapa peringkat dalam mereka-bentuk permainan bahasa ini seperti analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian yang melibatkan 215 orang Pelajar, 16 orang pensyarah dan 14 orang pakar. Walaupun permainan ini hanya direka untuk pelajar peringkat permulaan sahaja, namun ianya merupakan langkah awal dalam merintis penggunaan teknologi ini dalam pembelajaran bahasa Arab. Dapatan kajian ini melalui soal selidik, temu bual, cara penggunaan, pemerhatian, soalan ‘open-ended’, dan testimoni pelajar telah menunjukkan bahawa mereka berminat untuk belajar bahasa Arab dengan menggunakan permainan komputer bahasa ini dan mereka juga turut mengemukakan pandangan dan cadangan untuk penambaikan permainan ini di masa hadapan. Dapatan ujian nilai "T" pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar dalam motivasi mereka menggunakan permainan bahasa berkomputer ini.