Kurikulum permata negara: asuhan dan didikan awal kanak-kanak 0-4 tahun, cetakan ketiga
Kurikulum PERMATA Negara dibina berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai teras untuk membina potensi individu kanak-kanak sebagai modal insan berkualiti tinggi melalui pendidikan awal kanak-kanak. Pada 24 Oktober 2008, Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-k...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/31759/ http://irep.iium.edu.my/31759/1/Kurikulum_Permata_Negara_3rd_Edition_1.pdf |
Summary: | Kurikulum PERMATA Negara dibina berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai teras untuk membina potensi individu kanak-kanak sebagai modal insan berkualiti tinggi melalui pendidikan awal kanak-kanak. Pada 24 Oktober 2008, Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang member penekanan kepada menyediakan pendidikan dan asuhan berkualiti kepada kanak-kanak dari umur lahir hingga 4 tahun. Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 2008 adalah seperti berikut:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara”
|
---|