Konflik pembahagian harta pusaka (Al-mirath) dan krisis identiti dalam institusi kekeluargaan masyarakat Melayu: satu tinjauan dari perspektif Islam

Isu pembahagian harta pusaka (al-Mirath) dalam masyarakat Melayu merupakan isu yang perlu diberi perhatian khusus, ini kerana ianya mempengaruhi bentuk pembangunan masyarakat Melayu Islam secara keseluruhannya. Ia haruslah ditangani dengan bijaksana, tanpa meninggalkan impak negatif, yang menj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yaakub, Muhamadul Bakir, Othman, Khatijah
Format: Article
Language:English
Published: Institut Latihan Islam Malaysia 2012
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/26972/
http://irep.iium.edu.my/26972/
http://irep.iium.edu.my/26972/1/konflik_pembahagian_harta_-_Bakir.pdf
Description
Summary:Isu pembahagian harta pusaka (al-Mirath) dalam masyarakat Melayu merupakan isu yang perlu diberi perhatian khusus, ini kerana ianya mempengaruhi bentuk pembangunan masyarakat Melayu Islam secara keseluruhannya. Ia haruslah ditangani dengan bijaksana, tanpa meninggalkan impak negatif, yang menjurus ke arah keruntuhan rumpun bangsa dan identitinya. Sungguhpun sistem al-Mirath telah banyak diperbahaskan, namun bentuk pelaksanaannya adalah pelbagai dan banyak bercampur- baur dengan nilai-nilai berasaskan adat resam setempat (sama ada bagi tujuan penyesuaian ataupun keperluan-keperluan lain). Apa yang jelasnya di sini, pelaksanaan sistem al-Mirath di Malaysia tidaklah semudah yang dijangkakan. Kerap kali pula ia membawa kepada perbalahan dan konflik kekeluargaan. Fenomena ini seterusnya membawa kepada krisis identiti dalam sesebuah masyarakat. Jelasnya, kajian ini membincangkan bagaimana konflik pembahagian al-Mirath ini menyebabkan perpecahan hubungan kekeluargaan serta menjejaskan pembangunan struktur identiti diri anggota keluarga yang terlibat. Beberapa kajian kes dianalisis sebagai contoh pembuktian keadaan ini, di samping mengemukakan cadangan penambahbaikan dalam usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan Islam di Malaysia dan sekaligus meningkatkan pembangunan identiti bangsa Melayu Muslim umumnya.