Merungkai logik erti keberkatan

MENJELANG kemunculan Syawal, umat Islam berlumba-lumba melakukan amal jariah dalam mencari keredhaan Ilahi dan keberkatan dalam kehidupan. Bersedekah dan mengeluarkan zakat merupakan anjuran utama Islam dalam membersihkan jiwa, harta dan seterusnya membawa keberkatan dalam hidup ini. Istilah...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Arshad, Mohd Nahar
Format: Article
Language:English
Published: Utusan Melayu Malaysia Berhad 2012
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/25871/
http://irep.iium.edu.my/25871/
http://irep.iium.edu.my/25871/1/Merungkai_Erti_Keberkatan.pdf
Description
Summary:MENJELANG kemunculan Syawal, umat Islam berlumba-lumba melakukan amal jariah dalam mencari keredhaan Ilahi dan keberkatan dalam kehidupan. Bersedekah dan mengeluarkan zakat merupakan anjuran utama Islam dalam membersihkan jiwa, harta dan seterusnya membawa keberkatan dalam hidup ini. Istilah berkat mungkin tidak asing buat umat Islam, namun ia sesuatu yang janggal dalam teori mahupun praktikal ekonomi konvensional. Konsep berkat itu sukar dijamah logika akal dan tidak mudah dijelaskan secara matematik. Soroti ayat 276 dari surah al-Baqarah ini: Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa. Ayat di atas mencabar logika kerana ia menolak idea pengembangan harta dek riba dan penyusutan harta dek sedekah. Logik akal akan melihat bagaimana simpanan berserta kadar faedah (riba) akan mengganda dalam tempoh tertentu. Dengan rumus matematik, kesan gandaan riba boleh dijelaskan.