Belia tidak berpersatuan: laporan kajian
PENGENALAN Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Malaysia amat menghargai peranan dan sumbangan belia di dalam arus pembangunan negara. Sesungguhnya golongan belia merupakan aset yang terpenting kepada Negara dan mereka inilah yang akan terus menerajui pembangunan negara di masa yang akan datan...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
IIUM Press
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/257/ http://irep.iium.edu.my/257/ http://irep.iium.edu.my/257/1/Belia_tidak_berpersatuan.pdf |
Summary: | PENGENALAN
Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Malaysia amat menghargai peranan dan sumbangan belia di dalam arus pembangunan negara. Sesungguhnya golongan belia merupakan aset yang terpenting kepada Negara dan mereka inilah yang akan terus menerajui pembangunan negara di masa yang akan datang. Justeru itu, ia amat bersesuaian dengan maksud perkataan “belia” itu sendiri yang membawa kepada pengertian golongan lelaki dan perempuan yang berumur di dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun. Secara umumnya, belia merupakan golongan yang senantiasa aktif dan penuh dengan idea-idea yang baru dan inilah yang diperlukan oleh negara untuk mencapai apa yang direalisasikan selama ini.
Oleh itu, amat penting bagi kerajaan untuk membentuk dan melatih mereka untuk menjadi pewaris negara bagi membolehkan mereka berkebolehan, berkemampuan serta memberi sumbangan kepada negara. Mereka inilah yang akan menjadi pemangkin untuk pembangunan negara dan seterusnya akan merealisasikan harapan negara. Untuk merealisasikan hasrat yang murni itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ditugaskan untuk membentuk dan melatih mereka ini dari segi fizikal mahupun mental.
OBJEKTIF KAJIAN
•untuk mengkaji belia di Malaysia yang menyertai persatuan.
•untuk mengkaji belia di Malaysia yang tidak menyertai persatuan dan mencari sebab kenapa mereka tidak menyertai persatuan.
•untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh golongan belia dan kehidupan sosial mereka. |
---|