Pengurusan dan penyeliaan barang dijumpai dan barang rampasan: satu kajian di UIAM dan perspektif Islam
Kajian secara rambang mendapati tiada satu panduan yang selaras di antara semua Mahallat di UIAM dalam menangani kes barang yang dijumpai, barang tinggalan dan barang rampasan. Setiap pengetua asrama mengunakan budi-bicara masing-masing dalam menguruskan barang-barang tersebut. Adalah dirasakan amat...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/25144/ http://irep.iium.edu.my/25144/1/25144.pdf |
Summary: | Kajian secara rambang mendapati tiada satu panduan yang selaras di antara semua Mahallat di UIAM dalam menangani kes barang yang dijumpai, barang tinggalan dan barang rampasan. Setiap pengetua asrama mengunakan budi-bicara masing-masing dalam menguruskan barang-barang tersebut. Adalah dirasakan amat perlu untuk menyelaras dan menyediakan satu polisi yang jelas bagi mengelakkan masalah pengurusan dan juga ketidakadilan dalam mengendalikan kes yang melibatkan pelajar terutamanya. Kertas kerja ini akan dibahagikan kepada dua perbincangan utama iaitu prosedur dalam pengurusan barang jumpaan dan ketinggalan dan keduanya proses dalam mengendalikan barang yang dirampas. Biarpun, merampas barang pelajar yang melanggar peraturan tidak lagi dijalankan, tetapi adalah dirasakan kajian berkenaan hal ini masih relevan memandangkan masih banyak barang yang tersadai di setor-setor ole sebab ketiadaan polisi menanganinya. Dalam mencari satu panduan yang jelas, kertas kerja ini cuba melihat kaedah dan prinsip pamakaian semasa dan undang-undang Islam di dalam hal barang dijumpai dan rampasan. Kajian ini akan mengambil kira mana-mana prosedur semasa, peruntukan undang-undang serta prinsip Islam sebagaimana yang diberikan oleh ulama'-ulama terkini terutamanya di dalam kes mengendalikan barang jumpaan. Metodolgi yang diambil ialah dengan mengenalpasti mana-mana polisi yang ada di UIAM yang melibatkan Mahallat, Bahagian Hal EhwalPelajar, Unit Undang-Undang serta Unit Keselamatan. Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan polisi yang ada agar lebih selaras, jelas serta mengikut peraturan termasuklah undang-undang Islam. |
---|