Persepsi guru-guru Mara terhadap faktor-faktor mempengaruhi disiplin pelajar-pelajar institusi pengajian Mara Malaysia.
Kajian ini membincangkan persepsi guru-guru MARA terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi disiplin pelajar-pelajar pelbagai institusi pengajian MARA (IPMa) di Malaysia. Di antara faktor-faktor yang dianalisis ialah sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga, suasana sekolah, guru, dan, persekitaran. Ser...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/15044/ http://irep.iium.edu.my/15044/1/National_Seminar_on_Counseling_PEKEMA_2011_-_Faktor_Mempengaruhi_Displin_Pelajar_MARA.pdf |
Summary: | Kajian ini membincangkan persepsi guru-guru MARA terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi disiplin pelajar-pelajar pelbagai institusi pengajian MARA (IPMa) di Malaysia.
Di antara faktor-faktor yang dianalisis ialah sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga, suasana sekolah, guru, dan, persekitaran. Seramai 150 orang guru terlibat sebagai sampel kajian terdiri daripada pelbagai gender, peringkat umur, pengalaman mengajar, kaum, dan, institusi pengajian
MARA seluruh Malaysia yang dipilih secara rawak. Sampel kajian merupakan sebahagian guru-guru pelbagai institusi pengajian MARA yang sedang mengikuti Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 15.0 yang dipaparkan dalam kekerapan respons, peratusan, dan, min. Dapatan menunjukkan konstruk bagi guru mempunyai nilai min tertinggi iaitu 3.77 dan
paling rendah ialah konstruk sikap pelajar dengan nilai min 3.31. Adalah diharapkan hasil kajian
ini akan memberi inspirasi kepada pelbagai kategori pegawai, pendidik, ibu-bapa, dan, warga
institusi pengajian MARA seluruh negara demi memperkasakan generasi pewaris kepimpinan dan modal insan kelas pertama ke arah merealisasikan Wawasan 2020 dan visi 1Malaysia. |
---|