Keberkesanan penggunaan CD-atlas elektronik dalam meningkatkan prestasi dan minat pelajar dalam mata pelajaran geografi

Kajian ini bertujuan meninjau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran topik Bentuk Muka Bumi dan Potensinya dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan Satu.Kajian ini turut meninjau penggunaan CD-Atlas Elektronik dalam mata pelajaran Geografi.dan hubungan antara minat pelajar terhadap pencapaian pelaj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Baharom, Ambotang, Abdul Said, Abdullah, Mohd Yusof, Salleh, Mohamad Johdi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/15040/
http://irep.iium.edu.my/15040/1/National_Seminar_on_History_%26_Geog_Edu_UMS_-_CD_dalam_Pembelajaran_Geografi.pdf
http://irep.iium.edu.my/15040/4/keberkesanan_penggunaan_CD-atlas.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meninjau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran topik Bentuk Muka Bumi dan Potensinya dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan Satu.Kajian ini turut meninjau penggunaan CD-Atlas Elektronik dalam mata pelajaran Geografi.dan hubungan antara minat pelajar terhadap pencapaian pelajaran geografi. Kajian ini menggunakan kuasi eksperimen.Sampel kajian adalah terdiri daripada 60 orang pelajar yang dipilih daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Benoni, Papar. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang masing-masing terdiri daripada 30 orang pelajar. Kumpulan rawatan didedahkan dengan penggunaan CD-Atlas Elektronik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional. Ujian pra, ujian pasca dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian.Dapatan kajian dianalisis dengan ujian-t dan statistik deskriptif.Kajian mendapati bahawa penggunaan CD-Atlas Elektronik dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi.Statistik skor min menunjukkan minat pelajar berada pada tahap tinggi. Hipotesis nul pertama yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra ujian pasca dalam kumpulan rawatan adalah ditolak.Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05).Statistik skor min menunjukkan hubungan yang positif antara minat dan prestasi penggunaan CD-Atlas Elektronik dalam mata pelajaran Geografi. Dengan hal yang demikian hipotesis nul kedua juga ditolak.