Kaedah menafkahkan anak yatim berdasarkan perundangan Islam: satu tinjauan literatur
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memaparkan pertambahan bilangan anak yatim yang menghuni di Rumah Anak Yatim dan dianggarkan lebih daripada 40 ribu anak-anak yatim ini memerlukan bantuan sara hidup yang lebih sempurna. Permasalahan yang berlaku adalah apabila terda...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/13833/ http://irep.iium.edu.my/13833/1/KAEDAH_MENAFKAHKAN_ANAK_YATIM_BERDASARKAN_PERUNDANGAN_ISLAM_SATU_TINJAUAN_LITERATUR.pdf |
Summary: | Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memaparkan pertambahan bilangan anak yatim yang menghuni di Rumah Anak Yatim dan dianggarkan lebih daripada 40 ribu anak-anak yatim ini memerlukan bantuan sara hidup yang lebih sempurna. Permasalahan yang berlaku adalah apabila terdapat sebahagian institusi yang gagal menjaga keperluan asas anak yatim dengan baik, malah lebih menyedihkan apabila terdapat institusi- institusi yang menggunakan anak-anak yatim ini sebagai alat untuk memohon bantuan dan simpati daripada masyarakat. Justeru, kajian ini cuba untuk merungkaikan permasalahan ini dengan meninjau kaedah yang sesuai untuk menafkahkan anak yatim di Malaysia, khususnya di negeri Selangor. Kajian ini secara keseluruhannya adalah berhubung dengan permasalahan Perundangan Islam (fiqh) dan usul fiqh dan kajian ini akan melibatkan dua institusi utama iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), Ampang, Selangor dan Rumah Kebajikan Baiti Saidatina Khadijah, Gombak. Tinjauan awal literatur ini telah mendedahkan bahawa terdapat kelompangan di dalam kajian-kajian sebelum di mana tiada kaedah khusus untuk menafkahkan anak yatim di negara ini. Justeru, adalah diharap kajian ini berupaya membuka jalan dan membantu pihak-pihak yang terlibat di dalam pengurusan anak yatim yang lebih sistematik dan dalam masa yang sama ia juga mampu untuk menyumbangkan kepada perkembangan dunia akademik secara amnya. |
---|