Transformasi pengajaran sejarah berasaskan multimedia

Perkembangan teknologi maklumat yang melanda dunia alaf 21 telah menimbulkan reaksi positif, negatif, dan sebahagian golongan tidak mengambil tahu langsung seolaholah tiada apa yang berlaku. Kesemua sikap dan tindak balas ini adalah bergantung kepada latar belakang dan suasana masyarakat penerima....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Salleh, Mohamad Johdi, Agus, Ariegusrini
Other Authors: Ahmad, Abdul Razaq
Format: Book Chapter
Language:English
Published: UKM and Universiti Riau Indonesia 2009
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/13314/
http://irep.iium.edu.my/13314/1/Chapter_-_Transformasi_Pgjran_Sejarah_berasaskan_Multimudia_-_2009.pdf
Description
Summary:Perkembangan teknologi maklumat yang melanda dunia alaf 21 telah menimbulkan reaksi positif, negatif, dan sebahagian golongan tidak mengambil tahu langsung seolaholah tiada apa yang berlaku. Kesemua sikap dan tindak balas ini adalah bergantung kepada latar belakang dan suasana masyarakat penerima. Masyarakat prihatin yang diterajui oleh pemimpin inovatif menyambut ledakan teknologi ini sebagai suatu pemangkin bagi membina kemenjadian kendiri ke arah menjana kemajuan negara supaya lebih produktif.Sehubungan dengan ini, para profesional dan penyelidik pendidikan menyarankan supaya dilakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan pelbagai sumber teknologi berasaskan multimedia. Penggunaan multimedia akan menjadikan pengajaran menarik, kefahaman meningkat dan penyertaan menyeluruh. Tumpuan terhadap perisian multimedia seperti bunyi, grafik, rajah, animasi dan gambar berwarna-warni dapat meningkatkan pencapaian kognitif, psikomotor, minat dan perilaku pelajar. Sebahagian perisian kurikulum boleh dimiliki dan disiar-semula demi mengukuhkan kefahaman dan meningkatkan prestasi lebih tinggi. Kecanggihan ini memudahkan guru untuk mencapai objektif pengajaran di samping merealisasikan objektif pembelajaran seperti dirancang.