Kepimpinan autentik dalam pendidikan teknik dan vokasional di politeknik.
Pentadbiran sesebuah organisasi yang cemerlang adalah bergantung kepada pemimpin yang mempraktikkan keseluruhan atau salah satu domain dalam kepimpinan autentik. Pemimpin yang tidak menitikberatkan ciri-ciri kepimpinan tersebut boleh mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan pekerjanya sekali gus...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/11679/ http://irep.iium.edu.my/11679/1/Proceding_-_Kepimpinan_Pendidikan_Autentik_Politeknik.pdf |
Summary: | Pentadbiran sesebuah organisasi yang cemerlang adalah bergantung kepada pemimpin yang mempraktikkan keseluruhan atau salah satu domain dalam kepimpinan autentik.
Pemimpin yang tidak menitikberatkan ciri-ciri kepimpinan tersebut boleh mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan pekerjanya sekali gus memberi impak terhadap kualiti dan
kemajuan organisasi tersebut. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji domaindomain kepimpinan autentik Ketua Jabatan di Politeknik terhadap prestasi kerja pensyarah. Responden kajian terdiri daripada 259 orang pensyarah di tiga buah politeknik di Malaysia iaitu Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muāadzam Shah, Kedah.
Responden telah dipilih secara rawak mudah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah tinjauan secara kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian.
Data dianalisis menggunakan SPSS yang melibatkan peratus, skor min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Ketua Jabatan di Politeknik mengamalkan keempat-empat domain kepimpinan autentik iaitu kesedaran diri (self awareness) (min = 3.95, sp = 0.491), proses keadilan (unbiased processing) (min = 4.01, sp = 0.520), tingkah laku autentik (authentic behavior/ action) (min = 4.03, sp = 0.511) dan perhubungan keaslian (relational authenticity) (min = 4.06, sp = 0.525) dalam mentadbir jabatan di Politeknik. Prestasi kerja pensyarah di bawah kepimpinan Ketua Jabatan secara keseluruhannya berada di tahap sederhana. Hasil dapatan
ini juga menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara prestasi kerja pensyarah dengan keempat-empat domain kepimpinan autentik yang diamalkan oleh Ketua Jabatan di
Politeknik iaitu kesedaran diri (self awareness) (r = 0.467), proses keadilan (unbiased processing) (r = 0.469), tingkah laku autentik (authentic behavior/ action) (r = 0.466) dan perhubungan keaslian (relational authenticity) (r =0.485) . Secara kesimpulannya, Ketua Jabatan di Politeknik mengamalkan domain-domain kepimpinan autentik dalam mengurus jabatan. |
---|